5 rencah 5 rasa – otak – otak

Bahan-Bahan :

Santan
Lengkuas
6 batang serai
20 biji bawang kecil
10 biji buah keras
Kunyit
1 sudu kecil belacan
1 mangkuk kecil cilibo
150 ml santan
2 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Cara-caranya :

Siang dan filletkan ikan rohu.
Potong serai, lengkuas, bawang kecil, buah keras, kunyit dan juga belacan. Kisarkan dengan sedikit air.
Masukkan bahan kisaran kedalam mangkuk dan campurkan dengan cilibo, kemudian masukkan juga santan. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dengan sos ikan.
Potong ikan nipis-nipis dan masukkan kedalam mangkuk.
Balut ikan dengan bahan kisaran dengan dibaluti dengan daun kaduk dan daun pisang. Kukus selama 8-10 minit.
Sumbat rempah yang sama didalam ikan patin, taburkan sedikit garam, dan balutkan juga dengan daun kaduk dan daun pisang.
Masukkan kedalam ovan dengan suhu 220 cels selama 15 minit.