5 rencah 5 rasa – ikan bakar dan sos butter lemon

Bahan- bahan :

lada hitam
garam
lemon jus
serai
Cara-cara :

Siang dan bersihkan ikan Pacu dan ikan tongsan tersebut.
Perapkan dengan memerah lemon, sedikit garam dan juga lada hitam keatas ikan yang te;ah siap disiang tersebut. Masukkan kulit lemon kedalam perut ikan, masukkan juga serai yang telah diketuk. Sapukan mentega pada ikan yang sudah dikelar. Masukkan kedalam ovan selama ½ jam dengan suhu 220 cels.
Potong ikan tongsan dengan hanya mengambil isinya ( fillet), Isinya pula potong kecil sederhana. Perap dengan garam, lada putih, lemon jus dan juga bawang putih.
Didihkan air kedalam periuk, masukkan garam dan celorkan daun anggur. Selepas celor, rendam daun anggur tersebutbdidalam air sejuk biasa. Kemudian balutkan ikan tersebut dengan daun anggur. Sapukan mentega sebelum dimasukkan kedalam ovan selama 15 minit.
Kisar kulit limau. Cincang bawang putih, masukkan sedikit mentega didalam kuali dan sedikit tepung gandum, sedikit susu, garam, dan juga gula. Setelah masak, perahkan sedikit limau dan juga sedikit mentega lagi.
Curahkan sos diatas ikan bakar tongsan dan juga pacu.