5 rencah 5 rasa : paella

Bahan -bahan ;

Ayam, sosej, sotong, kacang buncis, lada bunga merah, minyak masak, bawang merah, bawang putih, beras perang, paprika, bawang besar, lada hitam, sayur campur, udang dan lala.

Cara-cara

Potongkan ayam, sosej, sotong, kacang buncis dan juga lada bunga merah.
Panaskan kuali dengan minyak masak. Gorengkan lada bunga merah sehingga kulitnya menjadi merah. Angkat dan letak di dalam pinggan.
Kupas bawang merah, bawang putih dan potong sederhana.
Gorengkan ayam dan sosej di dalam kuali panas.
Tapiskan beras perang yang telah dibasuh.
Panaskan kuali dan goreng bawang besar, sedikit paprika , beras perang, serbuk kunyit, pati ayam dan juga air.
Masukkan sausage, ayam kacang buncis, garam, lada hitam dan sayur campur. Akhir sekali masukkan udang dan lala.
Hidangkan.