5 rencah 5 rasa – ayam masak sos tiram

Bahan – bahan :

Halia, bawang putih, bawang merah, cili kering, ayam, sos tiram, air, kicap hitam, lada putih, serbuk pati ayam, sos soya, gula dan daun bawang.

Cara – cara ;

Panaskan kuali dan masukkan halia. Tumiskan halia sampai wangi.
Masukkan bawang putih dan sedikit bawang merah. Tambahkan beberapa helai cili kering.
Masukkan ayam dan sos tiram. Tumiskan sehingga kulit ayam menjadi perang dan masukkan sedikit air.
Tambah kicap hitam, lada putih, serbuk pati ayam, sos soya dan gula secukup rasa. .
Akhir sekali, bila sudah hampir siap, tambahkan daun bawang.
Hidangkan.

About these ads